Saturday, 12 September 2015

KONSEP PENGURUSAN BARAT


TERAS

  • Pandangan hidup materialistik dan keduniaan
  • Konsep Utilitarianisme
MATLAMAT ORGANISASI
  • Memaksimumkan keuntungan
  • Kejayaan untuk diri, organisasi atau negara
CORAK PENGURUSAN
  • Berkepelbagaian bergantung kepada individu, organisasi dan situasi. Idea-idea pengurusan adalah kreatif dan inovatif
FUNGSI INDIVIDU
  • Mengabdikan diri kepada ketua atau organisasi
GANJARAN(REWARD)
  • Ganjaran dalam bentuk lahiriah dan jangka pendek
FALSAFAH KERJA
  • Kerja berdasarkan konsep materialism
  • Kerja untuk kehidupan dunia semata-mata
  • Kerja untuk kepuasan sendiri
MOTIVASI
  • Untuk mendapat ganjaran jangka pendek berbentuk kebendaan dan kepuasan diri
  • Untuk mendapat pengiktirafan majikan
UKURAN PRESTASI
  • Satu dimensi sahaja iaitu ekonomi
CIRI-CIRI
  • Nilai-nilai boleh berubah-ubah
  • Tidak ada konsep al-fasad dan al-falah
  • Konsep baik dan buruk adalah relative
  • Metodologi dan pemikiran pengurusan  berdasarkan kepada rasionalisme dan idea saintifik manusia
  • Budaya kerja yang boleh berubah-ubah mengikut nilai dan norma masyarakat yang berubah
  • Pembinaan akhlak tidak terdapat dalam kamus pengurusan moden
  • Sistem pengurusan yang terasing dengan alam persekitaran luar khususnya yang berkaitan dengan nilai-nilai dan norma-norma sosial masyarakat
  • Konsep pengurusan yang tidak mempunyai ikatan kesepaduan yang kukuh
  • Tiada kaitan dengan hukum hakam keagamaan dalam amalan pengurusan, perancangan, pelaksanaan dan proses membuat keputusan

KONSEP PENGURUSAN ISLAM DENGAN KONSEP PENGURUSAN BARAT

KONSEP PENGURUSAN ISLAM
TERAS
  • Paradigma tauhid
  • Keseimbangan antara dunia dan akhirat

MATLAMAT ORGANISASI
  • Keuntungan dengan tanggungjawab sosial
  • Kejayaan bukan sahaja untuk diri, organisasi atau Negara malah untuk ummah atau tamadun Islam

 CORAK PENGURUSAN
  • 'Syura' sebagai corak pengurusan yang abadi(timeless). Unsur-unsur luar dalam pengurusan boleh disesuaikan dengan Islam(adaptable)

FUNGSI INDIVIDU
  • Mengabdikan diri kepada Allah sebagai 'Khalifah'

GANJARAN(REWARD)
  • Ganjaran dari segi dosa dan pahala, bersifat lahiriah dan rohaniah(kepuasan rohani)

FALSAFAH KERJA
  • Kerja berdasarkan kepada niat(nawaitu) dan keikhlasan bekerja
  • Kerja sebagai satu ibadah
MOTIVASI
  • Untuk mendapat keredhaan Allah SWT selain daripada memenuhi tuntutan majikan
UKURAN PRESTASI
  • Pelbagai dimensi : Ekonomi dan kerohanian, begitu juga tanggungjawab sosial
CIRI-CIRI
  • Nilai-nilai mutlak dan nilai-nilai universal
  • Menentang konsep al-fasad(kejahatan) dan menegakkan al-falah(kejayaan atau kebaikan)
  • Konsep baik dan buruk berasaskan kepada wahyu
  • Metodologi dan pemikiran pengurusan berasaskan kepada Al-Quran dan as-Sunnah, selain daripada sumber-sumber ijtihad, ijmak dan lain-lain
  • Budaya kerja berasaskan kepada etika Islam yang abadi tetapi dinamik dan luwes
  • Fokus kepada pembinaan peribadi dan akhlak insan
  • Syumul dan menyeluruh dengan mengambil kira faktor sosial, politik, ekonomi, budaya dan sistem nilai dalam sebuah masyarakat
  • Konsep bersepadu yang mengintegrasikan pembangunan insan melalui pembinaan akal, intelek, jasmani, rohani dan emosi
  • Terikat dengan hukum hakam agama apabila membuat keputusan seperti halal-haram, sunat, harus, makruh termasuk siasah syariah

DEFINISI PENGURUSAN ISLAM DAN BARAT

Di dalam pengurusan islam, terdapat beberapa sarjana-sarjana Islam telah mengutarakan definasi pengurusan. Di antaranya ialah :


a)Ahmad Ibrahim Abu Sin
         Pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran seseorang menjadi pengurus.


b)Profesor Syed Othman Alhabshi
       Pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-sumber kewangan,modal,tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.


c)Muhammad A.Al-Buraey
        Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.





Di antara definasi-definasi pengurusan yang dihuraikan oleh sarjana-sarjana Barat ialah:


a)Hilgert dan Leonard
        Pengurusan merupakan satu proses di mana kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan mengembeling sumber manusia serta membimbing dan memberi motivasi kepada usaha-usaha mereka ke arah pencapaian objektif organisasi


b)Boone dan Kurtz
        Pengurusan ialah usaha-usaha pencapaian objektif organisasi melalui sumber manusia dan sumber teknikal dengan cara yang paling efektif


c)Gitman dan McDaniel
        Pengurusan sebagai satu proses mengkoordinasikan sumber manusia dengan sumber-sumber lain dalam sesebuah organisasi bagi mencapai tujuan dan matlamat organisasi tersebut


d)Wagner dan Hollenback
        Pengurusan ialah satu proses perancangan, pelaksanaan, pengarahan, dan kawalan perlakuan organisasi



Tuesday, 8 September 2015

PERBANDINGAN PENGURUSAN ISLAM DAN BARAT

kajian perbandingan di antara konsep pengurusan atau pentadbiran islam dan barat telah pun dibuat oleh beberapa ilmuan muslim di mana fokus perbicaraan mereka tertumpu kepada perbezaan dari segi falsafah, konsep, pendekatan dan nilai-nilai dalam pengurusan atau pentadbiran.

Konsep pengurusan Barat sebagai satu sains dan teori pengurusan sebenarnya berasal daripada logika cartesian dan permikiran Aristotle. Ia berasaskan kepda model rasional, analitikal, causative dan probalistic. Jelas disini konsep pengurusan Barat mempunyai perbezaan yang besar dengan konsep pengurusan islam yang bukan sahaja bersumberkan aqliah tetapi juga wahyu ilahi.

AHLI KUMPULAN


NUR SUHAILI BINTI ABDUL LATIF 10DPM14F2054

SITI SARAH BINTI MOHAMAD 10DPM14F2111

IRRA NORAIN BINTI MOHD NASIR 10DPM14F2052

NUR HANIM HANANI BINTI AZIZAN 10DPM14F2085

HUSNUL AKHIRA BINTI MARJAN 10DPM14F2105

MIMIE AMIRA BINTI ABDUL RAHIM 10DPM14F2097