a)Ahmad Ibrahim Abu Sin
Pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran seseorang menjadi pengurus.
b)Profesor Syed Othman Alhabshi
Pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-sumber kewangan,modal,tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.
c)Muhammad A.Al-Buraey
Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.
Di antara definasi-definasi pengurusan yang dihuraikan oleh sarjana-sarjana Barat ialah:
a)Hilgert dan Leonard
Pengurusan merupakan satu proses di mana kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan mengembeling sumber manusia serta membimbing dan memberi motivasi kepada usaha-usaha mereka ke arah pencapaian objektif organisasi
b)Boone dan Kurtz
Pengurusan ialah usaha-usaha pencapaian objektif organisasi melalui sumber manusia dan sumber teknikal dengan cara yang paling efektif
c)Gitman dan McDaniel
Pengurusan sebagai satu proses mengkoordinasikan sumber manusia dengan sumber-sumber lain dalam sesebuah organisasi bagi mencapai tujuan dan matlamat organisasi tersebut
d)Wagner dan Hollenback
Pengurusan ialah satu proses perancangan, pelaksanaan, pengarahan, dan kawalan perlakuan organisasi
No comments:
Post a Comment