KONSEP PENGURUSAN ISLAMTERAS
- Paradigma tauhid
- Keseimbangan antara dunia dan akhirat
MATLAMAT ORGANISASI
- Keuntungan dengan tanggungjawab sosial
- Kejayaan bukan sahaja untuk diri, organisasi atau Negara malah untuk ummah atau tamadun Islam
CORAK PENGURUSAN
- 'Syura' sebagai corak pengurusan yang abadi(timeless). Unsur-unsur luar dalam pengurusan boleh disesuaikan dengan Islam(adaptable)
FUNGSI INDIVIDU
- Mengabdikan diri kepada Allah sebagai 'Khalifah'
GANJARAN(REWARD)
- Ganjaran dari segi dosa dan pahala, bersifat lahiriah dan rohaniah(kepuasan rohani)
FALSAFAH KERJA
- Kerja berdasarkan kepada niat(nawaitu) dan keikhlasan bekerja
- Kerja sebagai satu ibadah
MOTIVASI
- Untuk mendapat keredhaan Allah SWT selain daripada memenuhi tuntutan majikan
UKURAN PRESTASI
- Pelbagai dimensi : Ekonomi dan kerohanian, begitu juga tanggungjawab sosial
CIRI-CIRI
- Nilai-nilai mutlak dan nilai-nilai universal
- Menentang konsep al-fasad(kejahatan) dan menegakkan al-falah(kejayaan atau kebaikan)
- Konsep baik dan buruk berasaskan kepada wahyu
- Metodologi dan pemikiran pengurusan berasaskan kepada Al-Quran dan as-Sunnah, selain daripada sumber-sumber ijtihad, ijmak dan lain-lain
- Budaya kerja berasaskan kepada etika Islam yang abadi tetapi dinamik dan luwes
- Fokus kepada pembinaan peribadi dan akhlak insan
- Syumul dan menyeluruh dengan mengambil kira faktor sosial, politik, ekonomi, budaya dan sistem nilai dalam sebuah masyarakat
- Konsep bersepadu yang mengintegrasikan pembangunan insan melalui pembinaan akal, intelek, jasmani, rohani dan emosi
- Terikat dengan hukum hakam agama apabila membuat keputusan seperti halal-haram, sunat, harus, makruh termasuk siasah syariah
No comments:
Post a Comment